Thursday, 18 July 2013

Budak Baru Belajar (3B)

Assalamualaikum.. ahaaa , blog ni khususnya untuk assignment aku bagi subjek Computer Application. Tapi inshaAllah, aku akan update dan takkan biarkan blog ni berhabuk.

Entry pertama bertajuk "Budak Baru Belajar (3B)" . Budak baru belajar tu bermakna aku budak baru masuk belajar di tempat aku belajar sekarang. haaa , faham? Tempat aku belajar sekarang ialah Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Ok, nak cerita la jugak en pasal firstday aku kat PKB ni . Sekali lagi aku ulang, FIRST DAY.


16 Jun 2013, tarikh aku daftar PKB. Firstday sampai memang agak penat sebab ...
   1- Jauh perjalanan . Terengganu-Kelantan
   2- Banyak barang - panas - ramai orang
   3- Beratur nak daftar asrama panjang - berdiri hampir 1 jam
   4- Naik bilik - tingkat paling atas - barang banyak berat 
   5- Kesemua diatas sangat memenatkan

Ok, lepas semua selesai, kena pergi dewan Jubli Perak untuk Program Minggu Suai Kenal (MSK). Time tu memang dah berpisah teruk dah dengan makayah , semua muka nak nangis . haha. haa, MSK tak best sangat. Aktiviti dia yang tak best , tapi layanan dari akak-2 dan abang-2 fesi sangat memuaskan. :D baiklah, tak nak cerita panjang pasal MSK. 

Roomate. Ok, roomate aku orang Kelantan. Nama dia Aisyah aku panggil Ecah. Kesah? haha. comel je Ecah en. Ecah ok gak la.. Tak banyak cakap, senyap je orangnya sampaikan aku takut nak tegur. hehehe. tapi alhamdulillah , sekarang kiteorang bereh-2 je. kan ecah kan? haha 

Kawan. Ok, kawan aku jumpa pada firstday. Seorang insan bernama Junaidah asal dari Besut. Orangnya cantik kurus. Sama kos dengan aku tapi lain kelas. Tapi dia jadi peneman aku tak lama pon, lepas MSK tamat kami dah kena masuk kelas. So, terpisah. Kalau jumpa tegur. Ohhhh, pasal kos! Lupa. Aku ambil kos Diploma Pengajian Perniagaan. Program yang nampak senang. Senang nak gagal maybe? haha. tak la .

Kelas. Bangunan. Firstday sampai PKB, agak terkezut bila tengok keluasan dan ketinggian bangunan dia. haha. terkezut la sangat... biasa je , tapi penat nak panjat tangga tu weh. 



Ok, dah setakat ni je firstday aku di PKB. Aku harap hari selepas firstday sampai la sem akhir , aku dapat bertahan dengan segala cabaran dan dugaan sepanjang berada di PKB ni. InshaAllah aku akan tamatkan diploma aku disini. ahaaa . :D

" BUDAK BARU PKB" (JUNIOR) #BussinessStudy #DPM1C (y)